CERPEN
YANG BERKAITAN DENGAN CINTA KASIH
CINTA
Cinta dan sayang berbeza sekali. Aku
juga tidak mengerti mengapa harus mereka semua menyangka kedua-duanya sama.
Definisi cinta dengan sayang perbezaannya begitu ketara. Adakah mungkin
jaraknya bagaikan bumi dan langit, mahupun wanita dengan laki-laki, atau
mungkin juga yang berkulit putih dengan berkulit hitam, tidak juga mustahil
jika aku katakan di sini bezanya cinta dan sayang seperti syurga dan neraka.
Seorang laki-laki, juga
adalah teman setia ku, teman baik ku, boleh juga ku anggap sebagai abang jua
adik-beradik ku yang begitu berpengalaman dalam membina bibit-bibit cinta
pernah menyatakan perbezaan maksud kedua-duanya kepada ku. Bila mulutnya
terkumat-kamit membicarakan topik ini, aku serta-merta kaget. Serentak aku
menyatakan perasaan kagum ku kepadanya. Ku beritahu dengan seikhlas hati, dari
mana kau dapat frasa ini? Aku bisa punya telinga namun tidak pernah ku dengar
frasa yang sungguh luar biasa ini, yang terpancur keluar dari mulut dan gerakkan
bibir kau yang mustahil tidak dapat menjatuhkan mana-mana wanita di dunia ini.
Maksud sayang, katanya,
samalah seperti kau lafazkan kepada sesiapa saja gadis yang kau baru kenali,
mahupun yang mahu kau kenali “Aku sayang kamu…” namun apakah maksudnya yang
sebenar? Cuma ambil berat, suka, kagum dengan wajah gadis itu yang cantik, atau
mungkin juga suka dengan bentuk tubuh yang langsing bagai botol kola, tidak
juga mustahil kerana wang kekayaan yang ada pada si gadis, juga kepandaian ilmu
yang ada padanya, tapi adakah benar kau cintanya? Jika segala-galanya kerana
material yang ada padanya? Jangan kau bicara cinta pada ku kerana kau tidak
akan tahu pengertiannya yang sebenar. Sedang aku sendiri pun masih tidak dapat
mendalami sebenar-benarnya maksud cinta secara teori, namun kau katakan
praktikal, aku akan katakan ya, beritahu teman ku lagi.
Cinta, mengapa aku
katakan berlainan dengan sayang? Kerana ia abstrak! Bolehkah kau baru kenali
gadis ini dan kau katakan pada nya, “Aku cinta kamu?” mungkin ya, mulut kau
terlalu manis untuk melafazkan, hingga otak mu tidak perlu lagi memikirkan
kesan-kesannya pada gadis yang kau lafazkan cinta itu, sungguh aku berani
bersumpah ia hanyalah kata-kata yang berunsurkan suka-suka. Mengerti kah kau
bila perkataan ‘Aku cinta kamu’ itu dilafazkan? Bermaksud kau sanggup merentasi
apa-apa saja halangan dan rintangan juga cabaran bersama-sama teman hidup
semati kamu. Bukannya baru kenal dua tiga hari, juga seminggu dua, sebulan dua,
terus kau lafazkan cinta. Ia mengambil masa yang lama untuk proses merasai
cinta ini, kerana itu kau boleh lihat dengan sendiri, tidak juga dengan mata
mungkin dengan pendengaran kau dengar mengapa masih ada kes-kes penceraian
sungguhpun sudah berkahwin selama bertahun-tahun, mungkin juga belasan tahun,
juga puluhan tahun, tapi pada akhir bibit-bibit percintaan mereka, kononnya,
berakhir dengan kata putus yang menyedihkan iaitu penceraian.
Jangan pula kau salah faham,
memang ada juga di antara kita yang benar-benar mengerti akan pengertian cinta,
namun manusia bisa berubah, hari ini kau sayang aku, setahun dua lagi kau
mungkin curang pada ku hingga hubungan kita rosak punah dan berakhir dengan
keputusan yang menyedihkan, ingat, kerana manusia bisa berubah.
Cinta…sayang…satu
dua perkataan yang bisa membuatkan perasaan kita binasa dan juga bisa buat
perasaan kita bahagia, bergantung pada siapa yang mengawalnya atau
menunggangnya, jika kau mengawalnya dengan baik, nescaya bibit-bibit yang kau
bina dengan susah payah itu akan tersergam dengan indah sekali, akan tetapi
jika kau menunggangnya dengan kawalan yang tersasar dan tidak tepat, maka
nescaya kau akan menjahanamkan nya hingga melukakan perasaan wanita yang sedia
bersih dan kau akan tinggalkan kesan-kesan luka yang sukar untuk diubati. Tanam
dengan sedalam-dalamnya di otak kau apa yang aku ingin katakan, “jangan kau
bermain dengan cinta jika kau tidak pasti yang kau tahu bermain dengannya”.
Tidaklah keterlaluan
kalau aku katakan pada kau wahai teman, apa yang aku lalui selama beberapa tahun
ini begitu seksa. Sedia ada aku terseksa dalam hubungan yang sedang aku kecapi
ini, ditambah pula dengan jajaan-jajaan mulut kononnya daripada teman, juga
menyeksa batin ku ini, cerita-cerita yang kurang enak tentang ku didengar oleh
cuping telinga dan melintasi gegendang telinga ku ini, begitu menyedihkan.
Inilah, yang aku katakan pada kau sebagai rintangan dalam percintaan, cabaran
yang begitu memeritkan. Biar aku tanya soalan yang mudah pada kau teman, ‘Mau
kau merasai percintaan?’ lantas aku menggeleng-geleng kepala, tidak, kerana aku
masih mahu mengerti pengertian cinta yang sebenar dari teman karib ku ini.
Sudah pasti kau tidak
berani dulu untuk merasai percintaan, bukan aku mahu gerun kan kau dengan apa
yang akan aku katakan, namun percayalah, percintaan yang berakhir dengan
perpisahan adalah begitu memeritkan, kau tidak akan percaya, sungguhpun ukiran
senyuman di bibir ini menampakkan keriangan serta kegembiraan yang nyata tidak
menampakkan kesedihan, akan tetapi tiada siapa yang tahu sebenarnya di lubuk
hati ku, aku terseksa rohani dan batin.
Perpisahan, tiada siapa
yang mahu perpisahan berlaku di dalam hubungan yang begitu susah dibina,
dibikin dan dibentuk ini. Namun takdir menentukan segala-galanya, qada dan
qadar di tangan tuhan, aku hanya mampu melakar lukisan-lukisan yang indah di
dalam hubungan ini. Sayang sekali, aku juga tidak mengerti, mengapa harus ada
perpisahan, namun aku reda dengan segala apa yang berlaku kini, perpisahan
adalah penghujung yang dikehendaki-Nya. Sekuat hati aku meronta di dalam, namun
perpisahan ini tetap juga terjadi. Aku tidak tahu mengapa, harus ini terjadi,
bicara teman ku lagi. Aku terus diam membisu, mendengar bicaranya yang penuh
emosi tetapi ternyata emosi yang benar-benar diluahkan tanpa gimik kepada ku,
tanpa mengganggu sedikit pun, baik secebis patah perkataannya dalam bicara
cinta dan sayang ini.
Hanya tuhan yang tahu,
betapa terseksanya teman ku ini, cinta yang pertama, dan juga cintanya yang
terakhir, tidak akan mencintai perempuan lagi di dalam hidupnya, selepas
perpisahan yang bisa mengalirkan air mata ini menghantuinya.
Bicaranya yang panjang lebar,
adalah yang terakhir buat ku, pesan dan juga nasihat yang sentiasa
terngiang-ngiang di telinga, agar aku tidak membuat langkah yang selamat dalam
bercinta, wahai teman, aku sangat merindui mu…
SUMBERNYA:
andri94yana.blogspot.com/2012_01_01_archive.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar